Khamis, Mac 09, 2006

Kursus Dalaman Sekolah


Kursus Dalam Sekolah telah diadakan di Pusat Latihan FELCRA Tebing Tinggi pada 14 Januari 2006. Semua staf sokongan dan guru diwajibkan hadir. Penceramah terdiri daripada Pengetua, GPK1, GPK HEM, GPK Kokurikulum. Tetamu undangan ialah En Eisa bin Md Shah, GPK1 SMK LKTP Maokil, Segamat.


Kursus ini di akhiri dengan Majlis Perpisahan Guru iaitu Ust Halmy bin Ahmad, Ust Mohamad Fauzi bin Mohamed, Uzh Khalijah binti Salleh dan Uzh Azlina Talib seterusnya Mesyuarat Agung KEBIRU yang menyaksikan Ust Mohd Nor Tugimin dipilih sebagai Pengerusi Kelab Bilik Guru untu sesi 2006

Sukan Tahunan Puteri


Sukan Tahunan Puteri telah berlansung pada 28 Februari 2006 bertempat di Padang SMK Agama Segamat. 4 buah rumah telah berentap untuk mendapat mata tertinggi bagi rumah masing-masing. Rumah Biru telah mendapat mata tertinggi pada hari tersebut

Karnival Pendidikan Bestari


Karnival Pendidikan Bestari telah berlansung pada 1 hingga 5 Mac 2006 bertempat di Plaza Angsana, Johor Bahru. Karnival anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Kerajaaan Negeri Johor, Belia 4B dan Utusan Malaysia ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, YAB Dato' Hishamuddin bin Hussein pada 3 Mac 2006 jam 3.00 petang. Pusat Sumber Pendidikan Negeri telah mempamerkan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari(SSMS) yang sedang digunakan oleh 9 buah sekolah bestari di negeri Johor, penerangan tentang Perluasan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran.