Jumaat, September 07, 2007

Majlis Solat Hajat Peringkat Sekolah 2007




Majlis Solat Hajat Peringkat Sekolah telah berlangsung pada 7 Sept 2007 jam 7.30 malam, bermula dengan sholat maghbrib, sholat taubat, solat hajat dan diakhiri dengan sholat isya'. Majlis berlangsung di Surau SMK Agama Segamat. Kira-kira 400 orang terdiri dari ibubapa dan pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 hadir ke majilis ini. Imam pada malam ini ialah Tn haji Yahya bin Hamzah dari Masjid Jamek Bandar Segamat . Turut hadir di majlis ini ialah YDP PIBG En. Abdullah bin Abd Latip, NYDP PIBG, Tn. Hj Hanipah Abd Aziz, Pengetua dan guru-guru SMKA Segamat. Majlis diakhiri dengan jamuan di dewan makan asrama SMK Agama Segamat. Semoga murid-murid yang akan mengambil peperiksaan PMR, SPM dan STPM pada tahun 2007 ini akan memperolehi keputusan yang gemilang.