Jumaat, September 05, 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA

Majlis berbuka puasa bersama Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Johor berlangsung pada hari Khamis 4 September 2008 / 4 Ramadhan 1429 H bermula jam 6.30 petang. Majlis dipengerusikan oleh Ust. Mohd. Yazid Bin Abd. Majid bermula dengan ucapan aluan Ust. Md. Yusof Bin Haji Anim dan diikuti dengan ucapan Tn. Hj. Markom Bin Giran. Majlis ini turut dihadiri oleh En. Hamzah Bin Ahmad dari PPD Segamat dan rombongannya. Selepas berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah pimpinan Ust. Ismail Bin Rosli al-Hafiz, semua hadirin menikmati jamuan makan malam di dewan makan al-hidayah. Majlis diteruskan dengan solat isya' dan solat tarawih sebelum moreh dan bersurai pada jam 9.30 malam.