Selasa, Disember 30, 2008

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PMR 2008





Majlis penyerahan keputusan PMR 2008 telah diadakan pada 30 Disember 2008 bermula jam 10.30 pagi di bilik mesyuarat bangunan baru. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis En. Ashari Othman dan bacaan doa oleh Ust. Rumaja Sarmin. Pengumuman keputusan PMR dilakukan oleh GPK HEM Ust. Wan Zainuzzaman sebagai mewakili Pengetua. Peratus keputusan pada tahun ini ialah 98.1 peratus, GPS sekolah 1.33 dan seramai 15 murid mendapat keputusan cemerlang 9A. Pihak sekolah dan PIBG mengucapkan tahniah kepada semua guru dan murid yang mendapat keputusan cemerlang.