Seramai 4 orang Panel Penilai Anugerah Kualiti SMKA telah hadir ke SMKA Segamat dengan diiringi oleh 2 orang Pegawai dari JPNJ dan PPD Segamat pada 24 Jun 2009. Kehadiran mereka disambut dengan persembahan silat dan perbarisan kawad pasukan PPI. Panel Penilai dibawa ke bilik dokumentasi untuk mendengar taklimat berkaitan sekolah sebelum memulakan sesi penilaian.
Sebaik selesai penilaian semua Panel Penilai telah dibawa menikmati jamuan di Bilik Saji Bestari sebelum melakukan lawatan ke sekitar sekolah dan asrama. Para Panel Penilai berangkat pulang pada jam 3.00 petang. Semua warga sekolah berharap akan mendapat sesuatu yang terbaik daripada penilaian ini Insya-Allah.