Jumaat, Mac 27, 2009

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1430H










Majlis Sambutan Maulidurrasul 1430H dan program ibadah aqiqah telah diadakan pada 12 dan 13 Mac 2009. Program bermula pada petang khamis dengan aktiviti rewang dan melapah daging lembu aqiqah telah diadakan di sekitar musolla Hasan al-Basri. Seawal jam 7.30 pagi Jumaat semua guru dan pelajar telah berarak bermula di asrama lelaki sehingga ke dewan Luqman al-Hakim. Acara dewan dimulakan dengan persembahan nasyid dan selawat pelajar puteri diikuti penyampaian hadiah-hadiah pertandingan nasyid, kuiz, sepanduk dan selawat perarakan. Ceramah maulidurrasul disampaikan oleh Ustaz Hamizan bin Sayuti dari Pejabat Agama Daerah Muar. Majlis berakhir pada jam 12 tengahari selepas jamuan makan di dewan makan al-Hidayah. Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab kerana berjaya menganjurkan program yang amat bermakna ini.

MAJLIS GRADUASI SPM 2008






Majlis Graduasi SPM 2008 merupakan program julung kali diadakan pada 12 Mac 2009 di dewan Luqman al-Hakim SMKAS. Hampir semua calon SPM 2008 telah hadir bersama keluarga masing-masing untuk mengambil keputusan peperiksaan bermula jam 11 pagi. Tahniah kepada yang telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang pada tahun ini. Adalah diharapkan program tersebut akan memberi suntikan semangat kepada semua pelajar SMKA Segamat yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini.

Selasa, Mac 03, 2009

MAJLIS IKHTITAM MULTAQA ARABIY 2009






Majlis penutup bulan bahasa arab telah berlangsung pada 27 Februari 2009 bermula jam 8 pagi di dewan Luqman al-Hakim. Majlis dimulakan dengan program Budaya al-Alquran diikuti dengan taklimat dan raptai ringkas yang dikendalikan oleh Uzh. Zuliana binti Md. Sukor selaku Ketua Panitia Bahasa Arab. Kehadiran Ust. Hj. Muhd. Basari bin Hj. Abdul Manan dari Sektor Pendidikan Islam JPNJ selaku perasmi diiringi Ust. Mohd. Zakwan Pegawai Khas B.Arab telah disambut dengan paluan kompang dan persembahan silat. Sejurus ucapan perasmian hadirin telah disajikan dengan persembahan pentomen berbahasa arab dan 'slide show' aktiviti-aktiviti sepanjang bulan bahasa arab. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh tuan perasmi sebelum bergerak keluar untuk merasmikan taman bahasa arab yang telah diusahakan bersama oleh Ust. Mohd. Nazom bin Mohd. Yusof pada tahun 2008. Tuan perasmi melawat sekitar taman yang diberi nama 'Hadiqah Sibawaih' sempena nama seorang tokoh nahu bahasa arab yang terkenal. Majlis berakhir dengan jamuan yang disediakan di kantin sekolah. Tahniah diucapkan kepada Panitia Bahasa Arab tahun 2009 kerana berjaya menganjurkan bulan bahasa arab dan majlis penutup yang gilang-gemilang, semoga terkesan kepada para pelajar insya-allah.

KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH KALI-19




Kejohanan Sukan Olahraga SMKA Segamat telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Februari 2009 bermula jam 2.30 petang. Majlis bermula dengan kehadiran En. Hamzah Bin Ahmad selaku wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Segamat.Suasana hujan renyai tidak mematahkan semangat peserta perbarisan, ahli silat dan taekwondo untuk mempamerkan kehebatan masing-masing sebelum ucapan perasmian. Acara sukan akhir bermula jam 4 petang diselang-seli dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Kejohanan sukan pada kali ini telah dimenangi oleh Rumah Kuning, kedua rumah Merah yang melakukan lonjakan saujana berbanding sebelum ini di tempat ke-4, diikuti rumah biru dan rumah hijau yang merosot berbanding johan pada tahun lepas. Tahniah kepada yang berjaya dan yang tidak berjaya boleh cuba lagi pada tahun hadapan.