Sabtu, April 18, 2009

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH

Pertandingan Kawad Kaki peringkat sekolah telah dijalankan pada hari Khamis 9 April 2009 bermula sebaik sahaja hujan reda pada pukul 3.30 petang. Sebanyak 8 pasukan beruniform telah mempersembahkan kehebatan pasukan masing-masing di dataran kejat SMKAS.

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS PSS DAN PRS





Majlis Pelantikan Rasmi Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diadakan pada hari Isnin 13 April 2009 bertempat di Dewan Luqman al-Hakim SMKA Segamat. Majlis dimulakan dengan aturcara rutin mingguan dan diikuti dengan taklimat daripada Guru Bimbingan & Kaunseling berkenaan majlis pelantikan Pengawas PSS dan PRS yang berperanan penting menggerakkan Pusat Sumber dan perkembangan sahsiah rakan-rakan sebaya. Penyerahan watikah pelantikan dan tali leher baru kepada 30 orang Pengawas PSS oleh Pengetua dikelolakan oleh Guru Perpustakaan & Media Ustaz Rumaja Bin Sarmin diikuti oleh Pn. Hjh. Rosidah Binti Muji mengelolakan pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya seramai 40 orang. Majlis berakhir pada pukul 8.10 minit selepas ucapan Pengetua yang berharap semua Pengawas PSS dan PRS yang dilantik akan menjalankan tugas dengan baik dan dedikasi.



MAJLIS AKTIVITI MAAL HIJRAH, MTQ DAN NASYID PERINGKAT DAERAH


Majlis Aktiviti Maal Hijrah, MTQ dan Festival Nasyid Peringkat Daerah Segamat telah diadakan serentak pada hari Sabtu 11 April 2008. Acara pertandingan telah dijalankan di dua venue iaitu di SMKA Segamat dan SM Teknik Segamat. Acara yang dijalankan di SMKA Segamat ialah pertandingan Seni Khat, Kuiz dan Tilawah al-Quran sementara acara Nasyid, Berzanji dan Syarahan dijalankan di SM Teknik Segamat. Pertandingan bermula seawal 9 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang dengan majlis penutup di dewan SMT Segamat yang dirasmikan oleh wakil rasmi PPD Segamat. SMKA Segamat pada tahun ini menjadi johan acara Khat (L), Tilawah(P) Berzanji (L&P) dan banyak memenangi tempat kedua dalam acara yang lain. Johan keseluruhan ialah SMKA Segamat. Semua pemenang akan mewakili daerah Segamat ke peringkat negeri yang akan diadakan di SMKA Maahad Muar pada 17-18 April 2009.

Khamis, April 02, 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 18 DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PMR SPM & STPM 2008


Majlis Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada hari Sabtu 28 Mac 2009 di dewan Luqman al-Hakim SMKA Segamat bermula seawal 8 pagi dengan pendaftaran kehadiran ibu bapa dan guru. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengetua, ucapan YDP PIBG, Prof. Hj. Abdullah Bin Abd. Latif dan ucapan perasmian oleh Tuan Hj. Hassan Bin Issa, Ketua Sektor Pendidikan Islam JPNJ.